Wednesday, January 11, 2012

Sukaneka Kelab Warga Fizik




Kafe Fizik 360 - Sederhana Tapi Meriah





Profesor Fizik Kongsi Pengalaman Kejayaan

KUALA LUMPUR - Dalam usaha untuk merapatkan jalinan khidmat komuniti dan masyarakat, Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) dengan kerjasama Fakulti Sains (FS) telah menganjurkan program ceramah motivasi dan promosi di sekolah angkat iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor.

Menurut Prof Madya Dr Azizan Asmuni, Timbalan Dekan (HEPA), FPP, UPM "Program yang dijalankan bertepatan dengan misi dan visi UPM untuk memperkenalkan lagi UPM di kalangan pelajar sekolah menengah terutama yang masih belajar di tingkatan 4 dan 5 di seolah tersebut.

Manakala Cikgu Intan Shahiza Zainal Abidin selaku guru penasihat program menyatakan "Aktiviti yang dijalankan ini bertepatan dengan program Reorientasi bagi lebih 250 pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Turut serta dalam program ini termasuklah pelajar tingkatan 4.

Profesor Dr Sidek Ab Aziz dari FS yang mewakili UPM meluang hampir dua jam berkongsi pengalaman kejayaan serta memberi tips untuk mencapai kecemerlangan holistik bersama pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kecemerlangan bukan semata-mata kepada bidang akademik sahaja dengan senarai A yang panjang. Kita perlu berjaya dan cemerlang dalam menjalani kehidupan seharian di dunia dan matlamat akhir kita sudah tentulah di akhirat nanti.", katanya lagi.

Sebagai pelajar pilihan di sekolah berprestasi tinggi sudah tentulah cabaran demi cabaran pastinya dapat diharungi dengan jayanya atas bimbingan dan asuhan guru-guru dan ibu-bapa.

"Jika kita hendak cemerlang maka sudah pastilah kita kena berubah. Perubahan yang bermula dari diri sendiri akan lebih kekal berbanding pengaruh luaran. Ubahlah sikap, tingkatkan kemahiran serta galilah ilmu sebanyak yang mungkin bagi bekalan kecemerlangan hari ini dan esok yang bakal diharungi", tambah Dr Sidek lagi.

Teks oleh Adzrif Effendy
Foto oleh Mohd Razali Hajal

Wednesday, January 4, 2012

Google Search > Fizik 360

  1. KELAB WARGA FIZIK (KWF)

    fizikouhfizik.blogspot.com/ - Translate this page
    20 Dis 2011 – Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti ...
  2. KELAB WARGA FIZIK (KWF): Program FIZIK 360 berlangsung meriah

    fizikouhfizik.blogspot.com/.../program-fizik-360-... - Translate this page
    1 Dis 2011 – Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti ...
  3. Pelancaran & Aktiviti Fizik 360 @ Foto @ e-Warga Sains @ UPM

    science.upm.edu.my/warga/?p=13113 - Translate this page
    5 Dis 2011 – Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia dilancarkan oleh Dekan, Fakulti Sains pada hari ...
  4. Fizik 360 @ FS UPM @ e-Warga Sains @ UPM

    science.upm.edu.my/warga/?p=13099 - Translate this page
    Fizik 360 @ FS UPM. Posted on December 1st, 2011 ifs No comments. BAKAL dilancarkan oleh Dekan Fakulti Sains UPM pada 2 Disember 2011. Berita Terkini ...
  5. Kafe Fizik 360 @ e-Warga Sains @ UPM

    science.upm.edu.my/warga/?p=13390 - Translate this page
    Fizik 360 merupakan satu program sambutan 3 Dekad Pengajaran Fizik di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (1972-2012). Fizik 360 ...
  6. Sejarah fizik - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

    ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_fizik - Translate this page
    Pertumbuhan fizik bukan sahaja membawa perubahan asas terhadap gagasan ... sudut-sudut 8-12 bahagian ufuk dan langit dalam angka kandungan 40–360 ...

Kafe Fizik 360 Jan 2012

Seminar Fizik oleh Prof Chu, USA


Seminar bertajuk High Temperature Superconductivity: Past, Present and Future telah disampaikan oleh Profesor Palawat UPM iaitu Prof. Paul C.W.Chu, University of Houston, USA pada 13 Oktober 2011 (Khamis) jam 10.30 pagi di Bilik Gerakan Fizik (304), bersebelahan dengan Pejabat Am, Jabatan Fizik.

Lebih dari 30 Pegawai Akademik Fakulti Sains amnya, dan Jabatan Fizik khususnya serta pelajar pascasiswazah telah berpeluang mendengar ceramahnya.

Sebelum itu sesi kunjungan hormat ke pejabat Ketua Jabatan Fizik telah dilakukan dengan sesi perbincangan ringkas bersama Prof Dr Wan Mahmood Mat Yunos turut diadakan. Sebelum bertolak ke KLIA Prof Chu sempat meluangkan masa melawat Makmal Superkonduktor di Jabatan Fizik dibawah kelolaan Prof Dr Abdul Halim Shaari.

Fizik 360 Gegar Tahun 2012 - KJ Fizik

SERDANG - Fizik 360 adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi organisasi sebagai pemacu kecemerlangan jabatan. Program yang akan dijalankan nanti melibatkan 5 elemen penting iaitu matlamat dan sasaran kerja, penulisan buku, pengukuhan sahsiah pelajar, seminar-seminar dan santai fizik. Begitulah hasrat Prof Dr W Mahmood Mat Yunus, Ketua Jabatan Fizik sewaktu majlis pelancarannya baru-baru ini.

Beliau bagi pihak Jabatan Fizik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada Jawatankuasa pelancaran Fizik 360 yang diketuai oleh Dr. Mohd. Mustafa Awang Kechik kerana telah bekerjasama dengan eratnya bagi memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Sewaktu berucap dalam majlis pelancaran Prof W Mahmood berkata "Tidak dinafikan bahawa penekanan terhadap kebudayaan amalan kerja cemerlang amatlah mustahak terutamanya dalam usaha menjadikan Jabatan Fizik sentiasa bergerak cergas dan mampu mengatur strategi pembangunan berterusan.

"Saya percaya dengan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan dalam Fizik 360, kemajuan ini isha’Allah akan dapat dicapai dengan lebih cepat dan mampan lagi. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat Jabatan Fizik ke arah pencapaian pengurusan organisasi kualiti menyeluruh, penglibatan langsung semua warga Jabatan Fizik adalah sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan Fizik 360", katanya lagi.

Selanjutnya beliau menyeru kepada semua warga Jabatan Fizik untuk memberi komitmen dan mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke peringkat yang setinggi mungkin.

Adalah diharapkan program-program yang disediakan sepanjang tahun 2012 menjadi perangsang kepada para pegawai untuk terus mengasahkan bakat dalam kerjayanya pada masa akan datang.

Fizik 360 Lakar Sejarah


SERDANG - Jabatan Fizik, Fakulti sains UPM melakar sat lagi sejarah dengan pelancaran program Fizik 360. Menurut Prof Dr W Mahmood Mat Yunus, Ketua Jabatan Fizik, "Pelancaran Fizik 360 merupakan satu transformasi yang syumul dan menyeluruh, bukan sahaja dari segi prestasi kerja tetapi juga sahsiah dan peribadi warga Fiziik yang terdiri dari staf dan juga pelajar. Program ini tercetus daripada semangat hiijrah untuk menganjak paradigma baru kepada warga Jabatan".

Pelancaran Fizik 360 disempurnakan oleh Prof Madya Dr Siti Khalijah Daud, Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Sains pada 2 Disember 2011 yang lalu di Bilik Gerakan Fizik 360. Dr Siti Khalijah percaya Fakulti Sains pada hari ini, dilihat sebagai sebuah organisasi yang kukuh dan dihormati, yang boleh di tanda aras dengan fakulti yang lain di UPM.

Peranan Fakulti Sains telah dipelbagaikan untuk memenuhi tuntutan dan cabaran semasa. Kejayaan mengekalkan fakulti yang bertaraf 5 bintang yang dicapai adalah atas wawasan, daya usaha yang gigih oleh semua pegawai-pegawai akademik, sokongan dan para pelajarnya.

Selanjutnya beliau berkata "Dalam tempoh 40 tahun usianya sebagai gedung ilmu, Fakulti Sains telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan, dan terserlah sebagai sebuah fakulti yang utuh dan dinamik bukan saja di UPM malah diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sumbangan Jabatan Fizik juga tidak terkecuali dalam mengilhamkan kejayaan fakulti kita ini.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Fizik kerana mempunyai struktur organisasi dan mekanisme yang kemas bagi membolehkan kepimpinan, bimbingan dan manfaat yang sewajarnya disampaikan kepada semua ahli jabatan sehingga ke akar umbi.

"Saya percaya dan yakin dengan kepimpinan Ketua Jabatan dan Profesor-profesornya, Jabatan Fizik akan akan lebih cemerlang dan gemilang lagi selaras dengan tagline: Fizik 360 iaitu; Pemacu Transformasi Berwawasan", ujarnya lagi.

Selaras dengan hasrat dan matlamat Jabatan Fizik untuk terus menerajui perkhidmatan cemerlang dan gemilang demi pencapaian pengurusan organisasi kualiti menyeluruh, penubuhan Fizik 360 adalah satu langkah sangat penting.

Beliau yakin dan percaya bahawa Program Fizik 360 ini akan memberi nafas baru yang mendorong dan merangsang perubahan paradigma Jabatan Fizik sejajar dengan usaha untuk memantapkan lagi kualiti perkhidmatan yang tepat, cekap dan mesra pelanggan.

Pelancaran Fizik 360 turut dihadiri oleh pegawai-pegawai akademik, sokongan dan wakil pelajar Jabatan Fizik yang sama-sama melafazkan ikrar di akhir majlis tersebut.

Pelancaran Program FIZIK 360 Meriah

SERDANG - Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM telah melancarkan satu program yang diberi nama “Fizik 360”. Ia telah dilancarkan oleh wakil Dekan, Fakulti Sains iaitu Timbalan Dekan Akademik Prof. Madya Dr. Siti Khalijah Daud pada pagi tadi 2 Disember 2011 bertempat di Bilik Gerakan Fizik 360, Jabatan Fizik. Fakulti Sains.



Antara pengisian program, seperti Bengkel “Mind Mapping”, Tazkirah Hijrah dan Ceramah “Naik Pangkat Ekspres”. Program ini tercetus daripada semangat Hijrah untuk menganjak paradigma baru kepada warga Jabatan.


Nama “Fizik 360” ini mewakili satu transformasi yang syumul dan menyeluruh, bukan sahaja dari segi prestasi kerja tetapi juga sahsiah dan peribadi warganya, staf dan juga pelajar. Matlamat dan sasaran program ini antaranya ialah memacu kecemerlangan Jabatan, memperkukuh organisasi dan berkongsi pengalaman dan kepakaran.


Banyak aktiviti dirancang sepanjang tahun untuk mencapai tujuan tersebut. Diantaranya ialah Penulisan buku, Santai Fizik, Pengukuhan sahsiah staf dan pelajar, Seminar Fundamental Fizik dan Industri, Seminar Alumni Fizik, Kolokium Fizika dan banyak lagi. Adalah diharapkan dengan program ini akan memberi impak yang besar kepada seluruh warga Fizik.

Kafe Fizik 360