Wednesday, January 4, 2012

Fizik 360 Gegar Tahun 2012 - KJ Fizik

SERDANG - Fizik 360 adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi organisasi sebagai pemacu kecemerlangan jabatan. Program yang akan dijalankan nanti melibatkan 5 elemen penting iaitu matlamat dan sasaran kerja, penulisan buku, pengukuhan sahsiah pelajar, seminar-seminar dan santai fizik. Begitulah hasrat Prof Dr W Mahmood Mat Yunus, Ketua Jabatan Fizik sewaktu majlis pelancarannya baru-baru ini.

Beliau bagi pihak Jabatan Fizik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada Jawatankuasa pelancaran Fizik 360 yang diketuai oleh Dr. Mohd. Mustafa Awang Kechik kerana telah bekerjasama dengan eratnya bagi memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Sewaktu berucap dalam majlis pelancaran Prof W Mahmood berkata "Tidak dinafikan bahawa penekanan terhadap kebudayaan amalan kerja cemerlang amatlah mustahak terutamanya dalam usaha menjadikan Jabatan Fizik sentiasa bergerak cergas dan mampu mengatur strategi pembangunan berterusan.

"Saya percaya dengan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan dalam Fizik 360, kemajuan ini isha’Allah akan dapat dicapai dengan lebih cepat dan mampan lagi. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat Jabatan Fizik ke arah pencapaian pengurusan organisasi kualiti menyeluruh, penglibatan langsung semua warga Jabatan Fizik adalah sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan Fizik 360", katanya lagi.

Selanjutnya beliau menyeru kepada semua warga Jabatan Fizik untuk memberi komitmen dan mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke peringkat yang setinggi mungkin.

Adalah diharapkan program-program yang disediakan sepanjang tahun 2012 menjadi perangsang kepada para pegawai untuk terus mengasahkan bakat dalam kerjayanya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment