Monday, July 30, 2012

Fizik360@Ramadhan1433H


KELAB WARGA FIZIK, FS buat julung kalinya menganjurkan Program Fizik360 sepanjang bulan Ramadhan 1433H ini. Menurut Pengarah Program, Dr Mustafa Awang Kechik, “Kelab Warga Fizik berbangga dapat menganjurkan program Fizik 360@Ramadan 1433H yang bakal menyajikan perkongsian ilmu dan maklumat untuk semua.
Sebanyak lima slot dirancang yang akan dijayakan oleh ahli dari Jabatan Fizik, untuk semua warga Sains UPM.
27 Julai 2012 > WEB 2.0: SCREEN CAPTURE +++ oleh Prof. Dr. Hj. Sidek Hj. Ab. Aziz
1 OGOS 2012 > TALK ON PATENT, COPYRIGHT & INTELLECTUAL PROPERTY oleh PM Dr. Ionel Valeriu Grozescu
3 OGOS 2012 > BICAWARA RAMADAN : RABBANI VS. RAMADHANI oleh Dr Norlaily Saiden & PM Dr Mansor Hashim
8 Ogos 2012 > WEB 2.0: EDMODO +++ oleh PM Dr. Zaidan Abd. Wahab
10 Ogos 2012 > TRAVELOG HAJI & UMRAH : DARI LENSA KAMERA oleh Prof. Dr. Hj. Sidek Hj. Ab. Aziz
Setiap sesi bermula pada jam 10.00 dan berlangsung selama 360 saat di Bilik Gerakan Fizik 360 dan juga di Makmal Komputer Fizik.
Beliau turut mempelawa kepada semua warga Sains yang berkelapangan waktu dijemput sama-sama ke Program tersebut.
Fizik 360 > Pemacu Transformasi Berwawasan

360saat yang Dimanfaatkan


Kelab Warga Fizik (KWF) telah mengadakan program Fizik 360 dengan slot pertama yang bertajuk “Web 2.0: Screen Capture +++. Beyonds the PrtScr” yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz di Makmal Komputer Fizik pada 27 Julai 2012.
Slot pertama dengan durasi 360 saat bagi setiap program Fizik360@Ramadhan 1433H  telah membuka ruang dan minda kalangan pensyarah di Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM  tentang beberapa perisian terkini yang boleh digunakan untuk membantu di dalam penambah baikan proses pembelajaran berkesan di dalam kelas.
Menurut Dr Rabaah Syahidah Azis “Perisian yang handy dan percuma seperti Pixclip dan Jing dapat membantu pensyarah untuk menyediakan nota kuliah yang lebih menarik, interaktif dan berkesan.
“Mempelajari screen dan video capture yang mudah ini berbanding kaedah lama menerusi kekunci PrtScr, secara tidak langsung memberi idea baru kepada saya untuk menyediakan kandungan slide power point dengan imej dan petikan video yang lebih menarik perhatian pelajar di dalam kelas”, katanya lagi.
Manakala Dr Mazliana Ahmad Kamaruddin juga bersetuju dengan pendapat Dr Rabaah dan sempat menambah “Malahan ia banyak menjimatkan masa pensyarah untuk menyedia dan mengolah slaid-slaid tersebut.  Saya juga teruja untuk mengaplikasikan di kuliah saya pada semester depan!”.
Perisian Jing yang sudah diinstal di komputer peribadi, disamping dapat membuat screen capture, ianya boleh juga digunakan bagi rakaman video pendek dalam format swf.
Diantara peserta lain termasuklah Profesor Madya Dr Zaidan abdul Wahab, Dr Josephine Liew Ying Chyl dan Dr Mustafa Awang Kechik selaku pengarah program Fizik360@Ramadhan 1433H. Para peserta juga turut didedahkan dengan perisian Web 2.0 yang lain seperti Screen-O-Matic dan Mindmap yang dapat digunakan terus dari browser tanpa perlu diinstalasikan ke dalam komputer pengguna. Screen-O-Matic dapat membuat rakan video dan animasi bagi durasi 15 minit dan Mindmap dapat digunakan untuk melakar peta minda secra online.
Perisian-perisian tersebut dapat dimuat turun secara percuma di pautan yang berikut:
KWF mengalukan kehadiran semua warga Fizik dan warga Sains yang berminat untuk menyertai program Fizik360@Ramadhan 1433H yang telah dirancangkan .
Slot program minggu hadapan adalah pada 1 Ogos 2012:  Talk on Patent, COPYRIGHT & INTELLECTUAL PROPERTY oleh Prof Madya Dr. Ionel Veleriu Grozescu dan  3 Ogos 2012 pula bakal diisi dengan 3 OGOS 2012 > Bicawara Ramadhan : RABBANI VS. RAMADHANIoleh Dr Norlaily Saiden & Profesor Madya Dr Mansor Hashim.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat ini!!